Idea saya adalah UTM, khususnya pihak CICT, boleh mewujudkan satu station di mana setiap staf ataupun pelajar boleh mendaftar bagi tujuan memuat turun fail yang besar dan memerlukan kelajuan yang tinggi, tanpa sekatan sepertimana sistem network biasa yang wujud sekarang (iaitu terdapat sekatan dari segi kelajuan dan web). Saya sedar bahawa tujuannya untuk menyekat penyalahgunaan seperti memuat turun fail filem dan sebagainya. Namun, untuk sesetengah penyelidikan, contohnya projek saya (image and video processing), saya amat memerlukan kelajuan yang tinggi untuk memuat turun pangkalan data dalam bentuk imej dan juga video untuk tujuan tanda aras berbanding universiti-universiti terkemuka yang lain di dunia.
Sehubungan dengan itu, saya cadangkan supaya satu station khas disediakan oleh CICT untuk menyemak terlebih dahulu fail yang ingin dimuat turun agar tidak digunakan oleh staf atau pelajar bagi tujuan yang salah. Mungkin perlu pengesahan daripada penyelia jika yang menggunakan adalah pelajar.