Saya ingin mencadangkan agar borang pengesahan kehadiran kursus/bengkel/seminar atau apa jua majlis yang memerlukan pengesahan kehadiran dibuat dalam bentuk “online” yang tidak memerlukan tandatangan peserta (hanya perlu diisi sahaja).
Amalan yang sedia ada memerlukan peserta mengisi borang pengesahan kehadiran yang dikepilkan bersama dengan surat jemputan ke kursus/bengkel/majlis tertentu dan selepas diisi, peserta perlu mengembalikannya kepada urusetia majlis/kursus tersebut.
Adalah lebih mudah sekiranya borang berkenaan berbentuk e-borang yang boleh diisi dengan mudah dan urusetia boleh menerima pengesahan kehadiran peserta secara online tanpa perlu menunggu borang yang telah diisi dan dihantar dengan faks.
Kadang kala surat jemputan dan juga borang yang dihantar ke fakulti melalui mel dalaman (internal mail) lewat tiba di fakulti. Ini menyukarkan pihak penganjur majlis/kursus membuat jangkaan bilangan peserta yang akan hadir. Sekiranya peserta hanya perlu mengisi borang pengesahan kehadiran melalui laman web atau e-borang, perkara ini juga dapat menjimatkan penggunaan kertas.