Kaedah ini sangat bersesuaian dan merupakan penyelesaian yang mampan untuk menggalakkan warga UTM menggunakan semula bekas sendiri atau yang telah digunakan. Jika tidak, apa yang berlaku sekarang adalah warga UTM membeli makanan menggunakan bekas plastik yang disediakan (dengan harga 30 sen) tetapi hanya digunakan sekali dan kemudian terus dibuang.

Bagaimana kaedahnya?

Kupon point tersebut akan mengandungi lebih kurang 30 bulatan kecil di mana warga UTM perlu menunjukkan kupon tersebut di premis yang sama setiap kali membeli makanan dan pihak premis akan cop pada bahagian bulatan tersebut jika pembeli membeli makanan dengan menggunakan bekas sendiri. Apabila bilangan cop tersebut telah lengkap sebanyak 10 cop, maka warga UTM boleh mendapat diskaun ke atas makanan yang dibeli dengan menggunakan bekas sendiri sebanyak RM1 – RM2. Bermaksud, satu kupon membolehkan warga UTM mendapat diskaun sehingga RM3 – RM6 untuk satu kupon yang perlu dibeli dengan harga RM1 sahaja.

Di mana untuk dapatkannya?

Pada peringkat awal, mungkin boleh diadaptasi kepada beberapa premis terpilih di dalam UTM yang bersetuju, untuk melihat sejauh mana sambutan dan keberkesanan kempen yang dicadangkan ini.

Saya juga ingin mencadangkan supaya pihak UTM mengeluarkan dan menjual dengan harga berpatutan bekas makanan berserta sudu dan garpu (jika boleh direka dengan ada pelekap untuk meletakkan set sudu dan garpu tersebut) dengan logo UTM dan dalam saiz yang bersesuaian yang mudah untuk dibawa dalam beg galas, untuk digunakan berulang kali sempena kempen ini.

Seterusnya, mungkin setiap RM2 daripada harga bekas makanan yang telah dijual boleh disalurkan kepada tabung endowmen UTM.