Perisian Dewan Eja Pro 2010 (pemeriksa tatabahasa pertama untuk Bahasa Melayu) bukan sahaja memastikan ejaan adalah tepat dalam MS Office, malah ia juga memastikan tatabahasa yang betul. Perisian ini secara rasmi disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, ia membantu dalam penulisan Bahasa Melayu yang betul dalam MS Office dari segi ejaan dan tatabahasa. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Universiti menggunakan perisian ini bagi mengurangkan kesilapan ejaan dan tatabahasa dalam penyedian dokumen dalam Bahasa Melayu. Perisian ini sangat sesuai untuk digunakan oleh kerani, stenographer, setiausaha pejabat dan pegawai.