Saya ingin mencadangkan kepada pihak UTM supaya mewujudkan satu pusat jagaan kanak-kanak dan preschool bagi anak-anak staf UTM di Skudai dan di Kuala Lumpur. Preschool yang dicadangkan adalah berkonsepkan seperti smart readers/Q-Dees yang memberi early childhood education yang berkualiti kepada kanak-kanak dan pusat jagaan boleh dijadikan transit bagi mereka sementara menunggu untuk dijemput oleh ibubapa mereka.

Faedah yang dapat diperoleh daripada cadangan ini adalah:

1. menambah sumber tabung endowmen UTM (mungkin boleh dikenakan bayaran tertentu daripada keuntungan jika ia dibuka kepada pihak luar mengusahakannya).
2. membuka peluang bagi staf UTM menghantar anak mereka ke tempat yang lebih dekat dan terjamin. Ianya merupakan salah satu kemudahan kepada staf UTM yang berkhidmat.
3. mencerminkan UTM sebagai gerbang ilmu kepada pelbagai peringkat umur.

Preschool dan day care centre yang dicadangkan perlulah mempunyai silibus pembelajaran dan aktiviti yang sesuai dan memberangsang pertumbuhan positif kanak-kanak.