Memandangkan tahap pencapaian dan kemajuan Universiti kita ini begitu membanggakan sekali di mata dunia mahu pun di dalam negara, bagi penyampaian maklumat atau strategi yang dilaksanakan dari peringkat atasan hingga ke tahap akar umbi seluruh warga Universiti, saya mencadangkan satu perlaksanaan kerja tambahan yang mudah dan cepat:
– SETIAP STAFF dalam unit (dalam lingkungan berdekatan) mengadakan perjumpaan atau mesyuarat harian, SETIAP PAGI jam 7:55 @ 8:00 selama 5-10 minit, yang diurus oleh ketua unit atau yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin perjumpaan di unit itu.
– Dicadangkan minit mesyuarat yang ringkas disediakan
1. Laporan semalam atau terbaru dari semua arah
2. Perkara untuk dilaksanakan hari ini
– Sekali-sekala nasihat tambahan atau peringatan umum.