Saya mencadangkan supaya UTM membina papan iklan besar di sekitar kawasan milik UTM yang berhampiran jalanraya, terutamanya jalan utama. Sebagai contoh, di sekitar kawasan lebuhraya Skudai-Pontian dan menyewakan ruang pada papan iklan berkenaan kepada syarikat atau individu yang berminat. Hasil kutipan sewa berkenaan boleh dimasukkan ke dalam Tabung Endowmen UTM dan dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan bagi Tabung tersebut.

https://chancellery.utm.my/wp-content/uploads/sites/2/gravity_forms/1-6726b6cf5ee88234fbf7683d78bbe743/2013/01/iklan.jpg