Saya syorkan supaya kertas mana-mana seminar peringkat kebangsaan/antarabangsa yang dianjurkan oleh Jabatan/Fakulti UTM diterbitkan samada bercetak atau atas talian. Penerbitan dibuat secara berpusat melalui Penerbit UTM Press.

Buat masa ini, individu yang berminat untuk mendapatkan kertas seminar yang dianjurkan oleh UTM sendiri agak sukar dan lambat atau memang tidak dapat dikesan jika tidak dihantar ke PSZ / tidak diterbitkan / tiada kompilasi artikel lengkap.

Sekurang-kurangnya Universti boleh mendapatkan sumber kewangan melalui kertas seminar/persidangan yang telah diterbitkan selain memperkayakan khazanah UTM.

Di samping itu, Bahagian Repositori PSZ amat mudah dan cepat untuk proses muat naik semula dokumen PDF dalam UTM-IR (penulisan staf UTM) dan juga membantu ranking Universti melalui penilaian webometric.