Saya cadangkan supaya tanah terbiar kepunyaan UTM diusahakan untuk penanaman, kolam ikan dan ternakan. Contohnya, kawasan di Taman Desa Skudai boleh dibangunkan untuk penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya oleh pengusaha yang berminat. Juga sejak hujan lebat ini, kolam telah terbina dan boleh ternak ikan untuk aktiviti memancing. Banyak lagi kawasan lain yang boleh digunakan untuk ternakan ayam, kambing dan lain-lain bagi menjana dana endowmen. Terbuka kepada pengusaha yang berminat dan hasil dibahagi secara win-win. Kawasan tersebut boleh dijadikan sebagai pembelajaran bagi pelajar-pelajar dari sekolah yang berdekatan.