Saya mencadangkan agar ditubuhkan pasukan pemantauan kualiti servis bagi setiap kafeteria di dalam UTM, terutamanya UTM Kuala Lumpur.

Langkah ini penting untuk mengawal kualiti perkhidmatan oleh pengusaha kafeteria, dari segi masakan, kebersihan dan harga makanan yang dijual.

Jika dibandingkan dengan IPT lain yang berdekatan dengan UTM, terdapat pilihan kafeteria yang boleh saya katakan agak murah dan sesuai dengan konsep perniagaan di dalam IPT di mana kemampuan pelajar-pelajar diutamakan. Di UTM KL, harga yang dikenakan agak mahal jika dibandingkan dengan IPT tadi dan boleh dikatakan lebih mahal berbanding restoran berhampiran dengan UTM KL sendiri.

Adalah diharap cadangan di atas dapat diberi perhatian sewajarnya.