Y. Bhg. Datuk Naib Canselor sangat aktif dalam penulisan buku dan menggalakkan budaya membaca di kalangan warga UTM. Saya cadangkan agar memilih sebuah buku pilihan setiap bulan dan diulas oleh pakar bidang dan pembaca lain. Ulasan ini dimasukkan dalam ruangan khas, contohnya dalam UTM Online. Kesan daripada promosi ini ia dapat mempopularkan buku terbitan UTM.