Salam 1 Malaysia.
Saya ingin mencadangkan supaya pihak Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), UTM menyediakan 2 pakej yuran berasingan kepada pelajar penyelidikan yang baru sama ada dengan pakej pembelian komputer atau sebaliknya.
ATAU pihak UTM juga mungkin boleh mengadakan rundingan dengan mana-mana syarikat pembekal komputer (terutama di dalam UTM) yang dapat menyediakan perkhidmatan sewa-beli komputer kepada pelajar untuk memastikan setiap pelajar mendapat peruntukan komputer di awal pengajian mereka dan tidak perlu bergantung kepada peruntukan geran yang diperolehi oleh penyelia mereka.