Saya mencadangkan supaya diwujudkan Pusat Pengumpulan dan Penjualan Bahan Bacaan Terpakai UTM.

Tujuan:

1. Membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan.
2. Memudahkan mahasiswa untuk mencari buku rujukan dan soalan-soalan lepas.
3. Menjana pendapatan mahasiswa.

Pusat ini mempunyai laman web khas yang boleh diakses oleh semua warga UTM/luar kampus untuk menyemak, menempah, mengetahui harga jual dan harga belian serta kualiti bahan.

Kelebihan pusat ini adalah:

1. Segala urusan membeli dan menjual boleh dilakukan secara online dan offline.
2. Menyenaraikan setiap harga, kategori dan kualiti bahan.
3. Menyediakan bank soalan setiap subjek mengikut tahun.
4. Segala buku rujukan bagi peringkat ijazah dan pascaijazah turut disediakan.
5. Mengadakan Hari Terpakai secara berkala seperti pada awal dan akhir semester.
6. Harga terendah dan memuaskan.