Seringkali pakir di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) dan Bangunan Persatuan Pelajar dipenuhi oleh kenderaan staf yang bertugas. Bertambah teruk jika ada majlis di Dewan Sultan Iskandar (DSI) di mana orang ramai yang ingin ke DSI tiada pakir yang dekat. Staf atau pelawat yang ada urusan di BCSI atau CIMB terpaksa pakir kereta di kawasan tasik UTM.

Saya mencadangkan agar dibina laluan pejalan kaki dan zebra crossing dari Pakir Tasik (sebelah padang) untuk ke BCSI atau DSI bagi memudahkan pelawat atau staf meletakkan kenderaan dan berurusan tanpa perlu berkongsi jalan dengan kenderaan lain.

Terima kasih.