Salam 1 Malaysia.
Saya dapati pihak UTM mempunyai rekod terkini senarai pensyarah /penceramah jemputan ke UTM tetapi senarai pensyarah UTM yang telah dijemput oleh pihak universiti luar (terutamanya luar negara) yang patut menjadi kebanggan kita, tidak terdapat di pejabat pusat UTM.

Sebagai universiti yang mengorak langkah menjadi universiti bertaraf global, pengiktirafan kepada pensyarah yang mengharumkan nama UTM dan negara di luar negara sebagai pensyarah jemputan, patut direkod dan dijadikan bahan bukti UTM mendapat pengiktirafan antarabangsa. Selain ciptaan baru, saya rasa kita juga patut berbangga dengan staf yang diberi kepercayaan oleh universiti luar negara untuk berkongsi ilmu. Daftar rekod staf ini patut diwujudkan.

Sekian. Arigatou gozaimashita.