Tahniah kerana telah meletakkan skrin TV di roundabout sebagai iklan informasi UTM. Walau bagaimanapun oleh kerana ianya terletak di roundabout, pemandu tidak dapat membaca skrin tersebut kerana mereka perlu berhati-hati semasa memandu dan terpaksa menoleh ke kanan untuk memastikan tiada kenderaan bagi meneruskan pemanduan ke dalam UTM. Keberkesanannya agak kurang kerana melibatkan keselamatan semasa memandu.

Memandangkan skrin telah dipasang dan kos pembinaan agak besar, saya mencadangkan supaya kita membuat taman berteduh/bersantai mini di sekeliling roundabout berkenaan.
1.  Ramai pelajar boleh membaca di kawasan skrin tersebut pada waktu pagi, petang atau malam.
2. Taman yang menarik dan moden serta ada unsur-unsur teknologi seperti arca, lanskap moden, binaan model mini dan sebagainya.
3. Ia akan lebih menarik lagi apabila digabungkan dengan kandang rusa yang sedia ada.
Saya membayangkan kecantikan di taman moden dengan ternakan rusa serta cahaya neon dari skrin yang besar dan lampu pelbagai warna.

UTM Open Day