Baru-baru ini, kereta saya telah dilanggar lari di dalam kampus. Walaupun maklumat telah diperolehi daripada pihak berkaitan tetapi itu tidak dapat membantu jika ianya berlaku pada masa akan datang. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan papan tanda beserta nombor talian hotlines atau CCTV diletakkan di lokasi padat letakan kenderaan atau jalan-jalan yang sempit menjadi laluan awam di dalam kampus supaya jika berlaku perkara tidak diingini, orang awam juga dapat membantu menghubungi pihak universiti di lokasi kejadian dan rakaman kamera boleh dijadikan bukti kejadian. Dengan ini, kita dapat mengurangkan tenaga pengawal bertugas sepanjang masa dan mengurangkan risiko kejadian tidak diingini pada sebilang masa.