UTM telah diberikan status Universiti Penyelidikan pada 10 Jun 2010 semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMK10). Telah ada banyak penemuan dan juga kejayaan penyelidik UTM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Saya mencadangkan supaya diwujudkan satu arkib/muzium mengenai penyelidikan di UTM ini. Arkib/muzium ini dapat menjadi tempat rujukan dan “place of interest” bagi pengunjung-pengunjung dalam dan luar negara. Bukan sahaja cerita, malahan artifak/model bagi penemuan tersebut juga boleh dipamerkan di situ.