Dari hari ke hari pelajar antarabangsa semakin bertambah di UTM. Adalah wajar UTM menitikberatkan penerapan budaya Malaysia agar ada sifat sensitiviti di kalangan pelajar ini untuk mempelajari budaya kita yang lemah lembut dan bersopan santun. Ini kerana kalau dilihat kebanyakan daripada pelajar tersebut lebih suka bergaul sesama mereka (yang sama latar belakang negara dan budaya).
Karnival Budaya Malaysia ini sekurang-kurangnya dapat mengenengahkan budaya Malaysia kepada semua masyarakat agar mereka lebih peka tentang budaya, sosial dan ekonomi kita. Dicadangkan juga, libatkan pelajar antarabangsa dalam setiap aktiviti yang dijalankan.