Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Semoga kita sama-sama sentiasa dirahmati Allah SWT.
Saya mempunyai beberapa idea berkenaan dengan potensi UTM menjadi sebahagian dari badan usahawan yang mampu menjana sumber perikanan air tawar di Malaysia. Saya melihat skop ini adalah kerana UTM mempunyai tasik yang begitu sesuai dan luas untuk penternakan sangkar ikan air tawar ini. Dari segi lokasi, yang paling sesuai adalah tasik di hadapan Pusat Kesihatan UTM. Saya melihat di situ bukan sahaja airnya agak bersih malah kedalaman air cukup sesuai untuk dijadikan sangkar bagi ternakan ikan air tawar. Ikan yang boleh diternak adalah seperti ikan patin, ketutu, jelawat, rohu, lampam jawa, kelisa, kelah dan sebagainya. Kesemua ikan ini mempunyai pasaran yang agak tinggi di negara kita. Sebagai contoh, harga ikan ketutu boleh mencecah RM80 hingga RM90 per kilogram. Kita bukan sahaja ingin menceburkan diri dalam perusahaan ternakan ikan air tawar ini, tetapi hasil daripada pemasaran ikan ini mampu menjana ekonomi, selaras dengan visi UTM iaitu Menjadi Peneraju dalam Merealisasikan Pembudayaan Ilmu dan Menyumbang kepada Pembangunan Masyarakat melalui Pembentukan Aktivis Mahasiswa yang Idealis, Inovatif serta Intelek. Pembangunan teknologi perikanan air tawar turut menyumbang hasil dari perusahaan ikan sangkar ini.
UTM sebagai “Premier Engineering University” seharusnya mengetengahkan “teknologi hijau” dan pembangunan penyelidikan berkaitan dengan ternakan ikan air tawar. Sebenarnya banyak implikasi positif hasil dari wujudnya ternakan sangkar ikan air tawar ini. Selain menjana ekonomi, UTM juga boleh mengadakan pertandingan memancing, perusahaan kolam ikan berbayar, peluang pekerjaan kepada pelajar melalui Skim pelajar bekerja, mewujudkan ekosistem yang lebih sihat, dan sebagainya. Sekian dari saya, Muhammad Muzamil bin Mustam, pelajar sarjana kejuruteraan elektrik (kuasa, UTM