Salam

Kita sedia maklum, kini jumlah pelajar antarabangsa semakin bertambah dari hari ke hari dan insyaallah jumlahnya akan meningkat pada tahun-tahun yang akan datang. Justeru langkah bijak yang perlu diambil oleh UTM ialah dengan mengadakan sesi pengenalan kepada Malaysia khususnya dari aspek budaya, adat resam dan pendidikan. Mungkin boleh dikumpulkan mereka di DSI dan jemput pihak Kementerian Pelancongan atau KPT untuk memberi ceramah.
Sesi sebegini amatlah perlu kerana walaupun mereka pelajar luar negara, mereka seharusnya ada self awareness kepada persekitaran sebagaimana rakyat Malaysia, menghormati sesama manusia dan mengelakkan budaya sosial yang negatif (ramai di antara mereka yang menghisap rokok, ini salah satu contoh dan masalah membawa kereta secara laju). Saya rasa pendedahan ini perlu dilakukan dengan kadar segera demi kebaikan semua pihak.