Pada 27 Oktober 2011, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri  Pengajian Tinggi Malaysia telah melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

4 (empat) Objektif  Pelan Tindakan ialah :

  1. Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
  2. Mengukuhkan Bahasa Melayu dalam penyelidikan dan penerbitan
  3. Meningkatkan pengiktirafan akademia Bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu
  4. Meningkatkan pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Salah satu langkah untuk memartabatkan Bahasa Melayu di UTM selain daripada 4 objektif di atas ialah dengan menggunakan perkataan yang betul  di dalam pelbagai urusan rasmi.

Saya cadangkan di UTM, nama “Pejabat” yang digunakan untuk Pejabat Pendaftar, Pejabat Canseleri, Pejabat Bendahari dan sebagainya ditukar kepada “Jabatan”  iaitu Jabatan Pendaftar, Jabatan Canseleri, Jabatan Bendahari dan sebagainya.

Mengikut Kamus Dewan, “pejabat” bermaksud bangunan, ruang, bilik dan sebagainya untuk tempat bekerja manakala  “jabatan” bermaksud bahagian daripada pentadbiran yang mengurus tugas-tugas tertentu. Jabatan menggambarkan fungsi.

Jabatan-jabatan Kerajaan menggunakan nama yang betul, iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

UTM Open Day