Saya ingin mencadangkan kawasan sekitar Kolej Siswa Jaya (KSJ) di UTM International Campus ditanam dengan pokok buah-buahan renek seperti kedondong dan limau kasturi. Ini kerana tumbuhan tersebut tidak memerlukan penjagaan yang rapi dan mampu menjana pendapatan universiti. Selain sesuai dijadikan tumbuhan landskap, ia juga sangat sesuai dengan konsep kelestarian alam sekitar yang ditekankan oleh UTM.