Sejajar dengan matlamat Universiti Digital/Digital Lifetsyle dan #SejahteraUTM seperti yang dikongsi oleh YBhg NC semasa Majlis Amanat NC 2022, saya ingin mencadangkan Program E-Wellness untuk staf UTM.
MASALAH
Saya tiada statistik penyertaan staf dalam aktiviti aerobik yang dianjurkan untuk staf. Melalui pemerhatian saya, peratusan staf yang terlibat adalah rendah. Saya sendiri tidak menyertai kerana Aerobik tidak sesuai untuk saya yang mempunyai sejarah ‘slipped disc’. Saya memikirkan adalah baik untuk diwujudkan satu platform digital untuk menggalakkan staf mengamalkan ‘active lifestyle’.
PELUANG
Dewasa ini banyak program-program Virtual Run/Walk/Ride dianjurkan oleh unit-unit/PTJ. Tracking bilangan langkah/bilangan KM ride atau run dicapture dalam aplikasi luar (Strava, Pacer, Garmin dan lain-lain). Data ini sangat berharga untuk UTM mengenalpasti tahap ‘active lifestyle’ staf UTM.
SOLUSI
Satu idea dan prototaip asas (asalnya dinamakan UTMFit) telah dibangunkan oleh sekumpulan staf di Unit Research Computing, JTNCPI dan memasuki pertandingan International Digital Innovation in Wellness Exhibition 2021 (inovasi dinamakan CrowdFit) yang dianjurkan oleh Universiti Malaya pada tahun 2021. Inovasi ini telah memenangi pingat Gangsa. Prototaip ini boleh dibangunkan dengan lebih lanjut dengan kerjasama bersama UTMDigital.