Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Inter-ops mean: The ability of systems, units, or forces to provide services to and accept services from other systems, units, or forces and to use the services so exchanged to enable them to operate effectively together.
– Sistem di UTM juga tidak berinteraksi dari satu sistem dengan sistem yang lain dimana saya berpendapat bahawa semasa pembangunan sistem tersebut tidak dilibat sama dengan PTJ yang akan menggunakan maklumat, data atau informasi daripada output sistem berkenaan. Pembangunan sistem sepatutnya melibatkan semua PTJ especially Service oriented PTJ.

Cadangan saya:
– Saya mencadangkan supaya Dato NC mewujudkan satu jawatankuasa Sistem UTM bagi memantau perkara ini. Saya mencadangkan NC disebabkan oleh organisasi Pendaftar/Bendahari/Pengarah UTMDigital adalah level yang sama.Sistem yang dibangunkan mestilah boleh berinteraksi antara sistem yang lain. Salah satu contoh interaksi sistem yang saya boleh berikan adalah Perjalanan Staf atas urusan Rasmi/Mesyuarat.

Contoh Cadangan Proses yang libatkan 2 sistem:
1. Permohonan Pergerakan staf (Kaedah sekarang menggunakan surat arahan/Email) – Tanggungjawab HR – sistem HR
2. Permohonan tuntutan setelah tamat perjalanan – Tanggungjawab Staf – Sistem HR
3. Semakan permohonan tuntutan dan kelayakan staf – Tanggungjawab HR (PSM PTJ) – Sistem HR
4. Proses bayaran – Bendahari – Sistem Kewangan

Saya juga mencadangkan supaya sistem yang dibangunkan mestilah digunakan. Saya rasa UTM banyak sistem yang dibangunkan tetapi tidak digunakan contoh sistem Sysmel yang tidak digunakan oleh banyak PTJ.