Merujuk aduan dan statistik dari Bahagian Keselamatan, didapati kekerapan berlakunya kecurian seperti komputer riba, telefon bimbit, beg duit dan barang berharga di kolej mahasiswa/i adalah satu isu yang harus dibendung dengan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah tersebut. Faktor utama kecurian berlaku adalah disebabkan oleh KUNCI BILIK. Pihak keselamatan juga telah menjalankan siasatan semasa di tempat kejadian, mendapati tingkap diselak dan pintu dikunci dan tiada sebarang tanda umpilan pada pintu dan tingkap.
KUNCI SEDIA ADA YANG DIGUNAKAN SEKARANG:
-Membuat kunci pendua atau menyimpan kunci pendua
-Kunci bilik boleh dibuat di mana-mana kedai kunci
-Setiap semester mahasiswa/i bertukar kolej dan bilik (memiliki kunci pendua bilik semester lepas)
Dengan ini, saya mencadangkan agar pihak Universiti menempah kunci khas untuk bilik kolej mahasiswa/i agar kunci tersebut tidak dapat dibuat kunci pendua dan juga tidak boleh dibuat di kedai-kedai kunci dengan sesuka hati. Perkara ini harus diambil kira kerana mahasiswa/i ini adalah aset kepada Universiti. Kebajikan mahasiswa/i juga perlu dijaga agar mereka sentiasa dalam keadaan selesa dan selamat terutamanya harta benda mereka di bilik kolej.