Saya ingin mencadangkan sebuah papan maklumat besar yang bercahaya, contohnya billboard, diletakkan di setiap sudut dalam dan luar perkarangan Universiti. Ini kerana yang sedia ada sudah usang (contoh di jalan susur masuk Universiti) dan signboard masuk UTM terlalu kecil.
Tujuannya agar komuniti UTM atau sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut tahu bahawa mereka berada dalam kawasaan UTM JOHOR BAHRU. Sebagai contoh, jalan susur ke Senai/Kulai, jalan susur Pontian dan flyover menghala balik ke Pontian.