Sepertimana sedia maklum, UTM Kampus KL berhampiran dengan jalan raya yang menghubungkan pusat bandar dan beberapa destinasi lain sekitarnya. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar bahagian tepi pagar sedia ada ditanam dengan pohon-pohon hijau yang boleh menjalar dan tumbuh mengikut bentuk pagar yang sedia ada. Jika dilihat negara-negara luar, konsep pagar yang berasaskan pohon-pohon hijau begitu banyak sekali untuk djadikan sebagai pembahagi kawasan perumahan/kejiranan. Dan yang lebih penting adalah penanaman pohon-pohon hijau ini diharap dapat meningkatkan tahap kesihatan pelajar dan staf (terutamanya pengawal keselamatan/lalu lintas). Secara sainsnya, karbon dioksida daripada ekzos kenderaan pengguna jalan raya dan parkir UTM dapat diserap oleh tumbuhan hijau yang berpagar yang ditanam di sekeliling UTM IC dan seterusnya staf dan pelajar yang berada di dalam kampus dapat menyedut udara segar iaitu oksigen. Saya yakin ini mampu direalisasikan melalui kepakaran pelukis-pelukis pelan dan juru-juru landskap dari Pejabat Harta Bina. Dengan kata lain, kampus UTM IC bakal menjadi sebuah kampus indah di dalam suasana HIJAU.
List of Ideas by Months
Latest Submitted Ideas
- PENDIGITALAN SIJIL ANUGERAH DEKAN PELAJAR
- 3 suggestions for CQI in UTM
- Senarai kedatangan pelajar dalam Sistem Class Attendance
- PENETAPAN KLINIK PANEL YANG FLEKSIBEL
- Apply stker kenderaan menggunakan data yang ada.
- Daily reminder for the UTM students
- Penubuhan Yayasan Kecemerlangan UTM
- Arked system/apps
- RV park
- GPS track fleet apps
- RV park
- Centralised ATM at center point