UTM telah dan sedang mendirikan beberapa bangunan baru dan ada juga pejabat yang ditambahbaik, sama ada di Johor Bahru mahupun di Kuala Lumpur. Sesuai dengan imej terkini UTM yang berimpak hebat di mata dunia, saya mencadangkan supaya pengecatan semula bangunan-bangunan terutamanya BANGUNAN LAMA dilakukan supaya serinya mengikut arus permodenan UTM kini.