Disarankan maklumat untuk semua peralatan pencirian yang mampu menjana pendapatan sama ada yang berada di Sekolah, Pusat Kecemerlangan, dan sebagainya disatukan/diletakkan di bawah sesawang PPMU. Ini akan membantu dari segi kebolehlihatan peralatan pencirian tersebut sama ada kepada pengguna dalaman mahupun luaran (industri). Sebagai tambahan, maklumat seperti lokasi peralatan pencirian tersebut berserta kadar bayaran (bergantung kepada jenis pengguna dalaman/luaran) dan juga orang yang bertanggungjawab (contohnya Pengurus-PPMU, Fasiliti Sekolah, Pusat Kecemerlangan, dan sebagainya) juga boleh disertakan.
Adalah lebih baik jika diwujudkan satu sistem berpusat dalam talian (bukan secara manual) untuk sistem pertanyaan/tempahan penggunaan peralatan pencirian tersebut. Bagi melancarkan segala urusan berkaitan pertanyaan/tempahan penggunaan, sistem ini hendaklah boleh diakses oleh pengguna dalaman UTM dan juga pengguna luar (industri) tanpa memerlukan sebarang kata laluan khas (Contoh akses bagi sistem berpusat yang memerlukan kata laluan khas adalah myutm, UTMLab dan sebagainya). Melalui sistem berpusat ini juga, sebarang pertanyaan/tempahan mengenai peralatan pencirian yang tidak terdapat di PPMU, boleh lah dihubungkan terus kepada orang yang bertanggungjawab (contohnya Pengurus-PPMU, Fasiliti Sekolah, Pusat Kecemerlangan, dan sebagainya).
Semoga kebolehlihatan semua peralatan pencirian yang terdapat di UTM bertambah baik, mampu menjana pendapatan tambahan dan mesra pengguna untuk semua kategori (dalaman/luaran).