Assalamualaikum. Saya ingin mencadangkan diwujudkan satu kelab inovasi di bawah naungan UTM di mana keahlian terbuka kepada semua staf. Dengan wujudnya kelab ini, peluang staf untuk mengembangkan dan mencambahkan minda dan idea kreatif dapat direalisasikan. Penubuhan kelab ini juga dapat menghimpunkan staf-staf yang kreatif di bawah satu bumbung. Makmal-makmal serta peralatan UTM yang sedia ada dapat digunakan dengan maksimum. Kelab ini juga boleh bertindak menjadi urusetia menganjurkan pertandingan inovatif dan kreatif. Produk-produk yang dihasilkan boleh dipertandingkan dan jika mempunyai nilai komersial, dipatenkan dan dipasarkan atas nama UTM. Ianya selaras dengan tag line UTM: innovative. entrepreneurial. global.