Zink penutup kerja-kerja pembinaan adalah lebih elok digantikan dengan papan. Ruang tersebut boleh digunakan oleh Universiti sebagai salah satu media pengiklanan dalam mengiklankan jenama Universiti, janji Universiti untuk generasi akan datang dan kemudahan yang bakal disediakan (seperti yang biasa dilakukan dalam projek kondominium mewah).
Kebaikan:
1. mewar-warkan apa yang akan dibangunkan dan kemudahan hebat yang bakal diadakan bagi menarik minat dan menanam cita-cita bagi golongan remaja agar memasuki UTM sebagai pilihan utama
2. lebih kemas, tersusun dan menarik
3. sumber pendapatan kerana ruang tersebut juga boleh diiklankan kepada syarikat luar sepanjang tempoh kerja pembinaan