Saya melihat terlalu banyak inisiatif memperkasakan ISES & pemahaman Envision telah dijalankan melalui pelbagai platform terutamanya ceramah di FB Live. Penyertaan akan diberikan mata CPD. Walau bagaimanapun, saya berpendapat cara ini sukar untuk mengukur kefahaman, keberkesanan dan sejauh mana liputan pemahaman terhadap agenda universiti ini.

Oleh itu saya ingin mencadangkan agar diwujudkan satu portal elearning yang menempatkan modul pembelajaran dalam bentuk video yang dibangunkan khas kandungannya secara berstruktur. Setiap staf perlu menonton setiap video sehinggan selesai, dan setiap video akan diselangi dengan soalan yang memerlukan staf menjawab bagi mengukur kefahaman staf tersebut. Pihak pengurusan akan boleh melihat peratusan staf yang telah lengkap mengikuti modul-modul dan tahap kefahaman staf dengan lebih efisien dan sistematik, menggantikan ceramah FB Live yang kerap diadakan tetapi tidak dipantau secara ‘data driven’. Portal ini juga mampu memberikan mata CPD untuk menggalakkan lagi penggunaannya.

Selain modul ISES dan Envision, portal ini juga boleh dikembangkan lagi dengan Kursus Induksi, dan lain-lain latihan dan agenda lain universiti yang dirasakan perlu difahami oleh setiap staf.