Salam sejahtera, saya cadangkan pihak UTM membuat satu pakej EDUtourism pakej homestay@UTM. Tujuan homestay@UTM ini adalah untuk memberi pengalaman kepada orang awam bagaimana suasana tinggal di dalam persekitaran universiti yang secara tak langsung dapat mempromosi UTM di mata masyarakat dalam dan luar negara. Kita boleh memasukkan aktiviti menarik dalam pakej homestay ini contohnya pakej menjamu selera di kafe UTM, berjalan2 di kebun UTM, memancing di tasik UTM, makan goreng pisang sambil tonton kuda, jalan-jalan di hutan rekreasi dan melawat sekitar fakulti dan PTJ terpilih serta pengalaman menggunakan kemudahan pinjaman buku serta online jurnal perpustakaan serta hotspot UTM secara percuma semasa menginap di homestay.