Salam sejahtera,

Saya ingin mencadangkan supaya pihak pengurusan dapat mempertimbangkan untuk mengenakan kadar caj bayaran tempat letak kenderaan serendah (RM1.00/ Motosikal) dan (RM2.00/Kereta) sebulan kepada semua kakitangan UTM yang menggunakan perkhidmatan parking di kampus UTM, manakala kenderaan milik UTM dikecualikan. Hasil kutipan tersebut dapat disalurkan kepada pelajar yang memerlukan dan digunakan untuk membantu pelajar B40.

Mungkin ada yang berpandangan dimana kenderaan dilengkapi dengan pelekat kenderaan UTM. Pelekat kenderaan yang sedia ada merupakan pas masuk ke kampus UTM dan menunjukkan tanda seseorang itu dalam kategori staf, pelajar dan agensi luar/ kontraktor yang memasuki kawasan kampus atau mana-mana kawasan universiti adalah diwajibkan mempamerkan pelekat kenderaan pada cermin hadapan kenderaan, manakala bagi motorsikal pada mana-mana bahagian hadapan yang membolehkan ia dilihat oleh Polis Bantuan/ Pihak Berkuasa Universiti.

Justeru, saya berpandangan jika parking berbayar dilaksanakan dengan hasil bayaran parking yang diperolehi dari kalangan kakitangan UTM sedikit sebanyak dapat membantu pelajar yang memerlukan.

Terima kasih, atas perhatian.

‘Wawasan Kemakmuran Bersama 2030″.

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”