UTM sepatutnya membangunkan kawasan sekitar Pintu Keluar-Masuk Senai yang merupakan satu kawasan Segitiga Emas; terletak di persimpangan mengubungkan Utara, Selatan, Timur dan Barat Johor khususnya Daerah Johor Baharu. Pembangunan kawasan tersebut (bersama pelaburan syarikat swasta) akan menjadi sumber pendapatan UTM masa hadapan. Antara pembangunan yang boleh dilakukan:
1. Hub pengangkutan awam utama di Utara Johor: untuk perkhidmatan bas ekspres, teksi, e-hailing dsb menyediakan perkhidmatan ke Utara, ke lapangan terbang Antarabangsa Senai, ke Nusajaya, ke Legoland, ke Singapura (Universal Studio) dan keserata daerah Johor lainnya. Ia juga secara langsung merupakan kemudahan kepada pelajar/masyarakat UTM sendiri.
2. Pusat komersil utama: tumpuan semua masyarakat sekitar UTM dan pengguna pengangkutan awam.
3. UTC, ruang pejabat, leisure and attraction centres
4. Hotel: Airasia, Scholar’s Inn dll.
5. Memperkukuh Edutuorism, UTM sebagai Pusat Conference dan aktiviti yang secara tidak langsung memperkenalkan lagi UTM.
6. …dan pelbagai lagi yang boleh difikirkan bersama.