Dalam melaksanakan perancangan strategik pengurusan Pandemik Covid-19 peringkat UTM dan SOP yang telah ditetapkan, dicadangkan perkara berikut beserta beberapa justifikasi:

Cadangan:
PEMUSATAN PENEMPATAN PELAJAR DI KAMPUS DALAM TEMPOH PANDEMIK COVID-19

Penjelasaan:
Semua pelajar ditempatkan di kolej tertentu (berpusat), sebagai contoh; Pelajar Bekeluarga di Kolej Perdana dan Pelajar Bujang di Kolej 9 & 10 (atau mana-mana kolej lingkaran luar – di mana blok kediaman berbentuk flat).

Justifikasi:
1) Pengurusan kemudahan dan kebajikan pelajar dapat dioptimumkan. Kemudahan bas, kafe dll dapat dioperasikan di kolej berkenaan. Pasukan Bencana UTM (Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Keselamatan Universiti dan Pengurusan Universiti) sebagai contoh, mudah untuk memantau dan menyelaras sebarang isu berkaitan keselamatan dan kesejahteraan pelajar dalam tempoh pandemik. Disamping itu, sebarang penyaluran bantuan bencana/kebajikan kepada pelajar yang terlibat (sebagai contoh Sumbangan Makanan daripada DYMM Canselor UTM pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dapat diuruskan dengan sempurana dan lebih berkesan) sekiranya penempatan pelajar diuruskan secara berpusat. (ISES UTM : Sustainability / Kelestarian)

2) Pengurusan Risiko yang berkesan : Isu 3 Kolej diarahkan Perintah Kuarantin (Sekatan Pergerakan Keluar Masuk) impak daripada penularasan wabak dalam kampus dapat diuruskan dengan berkesan sekiranya penempatan pelajar secara berpusat. Institusi Pembangunan Felow & Majlis Pengetua Kolej (dibawah pentadbiran TNCHEP) dan Pengurusan & Pentadbiran Kolej Kediaman (dibawah pentadbiran TNCP) di UTM dapat dioperasikan secara berpusat bagi membantu pengurusan Universiti mengurusan isu ini. Sekiranya penampatan berpusat (melibatkan 2 kolej kediaman sahaja), Majlis Felow (terdiri daripada Pengetua, Felow & Pembantu Felow) dan pentadbiran kolej (Penolong Pengurus Asraman dan staf sokongan Pentadbiran Kolej Kediaman) daripada kolej lain boleh dijadualkan untuk membantu kolej yang terlibat sebagai pusat pemanpatan pelajar. (ISES UTM : Synergy / Sinergi & Excellence / Kecemerlangan)

Cadangan Pelaksanaan:
1) Kenalpasti kolej yang akan dijadikan penempatan berpusat pelajar dalam tempoh Pandemik Covid-19. (lebih sesuai kolej di lingkasan luar (contoh, KDSE, KDOJ, K9&10 – kawasan berpagar & bangunan berbentuk flat & KP – bangunan berbentuk flat. Kolej-kolej ini mudah diakses daripada pintu masuk kampus)
2) Mengoperasikan kemudahan fasiliti (contohnya kafe, kemudahan bas, kedai runcit dll) di kolej yang dikenal pasti.
3) Pengurusan kolej kediaman (dibawah pentadbiran TNCHEP : Majlis Pengetua Kolej, Institusi Pembangunan Felow dan warga staf Jabatan TNCHEP serta di bawah pentadbiran TNCP : Penolong Pengurus Asrama dan warga staf pentadbiran kolej-kolej kediaman) boleh ditubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Penempatan Pelajar Berpusat (Covid-19) bagi menyelaras segala urusan pentadbiran dan pengurusan kemudahan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar dalam kampus sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 (khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – penuh, bersyarat atau pemulihan)

Fasa Penempatan Pertama (melibatkan pelajar yang masih berada di kampus)
1) Pelajar dari kolej lain (selain daripada kolej yang dijadikan penempatan berpusat) diarahkan berpindah ke kolej yang ditetapkan (Kolej Penempatan Berpusat, KPB).

Fasa Penempatan Kedua (melibatkan pelajar yang kembali ke kampus)
1) Pelajar yang telah selesai kuarantin di pusat isolasi universiti diarahkan untuk mendaftar masuk ke kolej yang ditetapkan (Kolej Penempatan Berpusat, KPB)
2) Pelajar diberi kebenaran untuk mengambil segala kelengkapan dan keperluan peribadi di kolej kediaman asal dan selesaikan urusan pemulangan kunci bilik di kolej asal dala tempoh yang ditetapkan (mungkin sehari dua selepas selesai kuarantin).