Assalamualaikum WBT,

Dengan hormatnya saya ingin mencadangan UTM untuk mengamalkan waktu bekerja anjal (bukan WBB iaitu amalan sekarang).

Seperti kita sedia maklum, terdapat banyak aduan dan keluhan staf berkaitan peraturan masuk ke kampus Pasca PKP sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas di pintu masuk UTM dan kelewatan staf untuk slide-in kehadiran. Kita sedia maklum bahawa kehadiran staf PPP adalah dikira sebanyak 5% dalam eLNPT. Sekiranya staf telah keluar rumah lebih awal namun kelewatan disebabkan kesesakan lalulintas di pintu masuk UTM yang tidak dikawal dengan baik akan menimbulkan kemarahan dan ketidakadilan kepada staf.

Jika staf dibenarkan untuk slide-in melalui UTMSmart di pintu masuk UTM (sebelum tiba di pejabat), saya kira cadangan waktu anjal boleh dibatalkan. Jika sebaliknya, mungkin cadangan waktu anjal boleh difikirkan.

Waktu anjal memberi sedikit kelonggaran kepada staf untuk masuk kerja sebelum jam 9.00 pagi dan balik selepas 9 jam bekerja. Sebagai contoh, jika staf masuk pada jam 8.30pagi, beliau boleh balik selepas jam 5.30 petang. Jika staf masuk pada jam 8.50pagi maka beliau boleh balik selepas jam 5.50 petang.

Satu kajian juga boleh dijalankan sebelum pelaksanaan dibuat kerana jika majoriti staf memilih untuk masuk lebih awal, maka kesesakan lalu lintas masih akan berlaku terutama apabila pengambilan suhu badan merupakan SOP utama yang perlu dipatuhi buat masa ini.

Sekian, terima kasih. Wassalam.