Saya sedia maklum bahawa menjawab survey tahap kesihatan hanya diisi sekali sahaja dan survey dibuka hanya 3 hari bermula 6-8 Mei yang lepas dan survey tersebut WAJIB diisi oleh semua staf secara one off.
Jika hanya sekali isi, hari ini rekod staf dlm UTMSMART menunjukkan staf HEALTY. Ini tidak menjamin staf itu sihat pada hari ini kerana kemungkinan selepas mengisi borang survey pd 6hb Mei, kemudian selepas beberapa hari seseorang staf itu terkena jangkitan atau demam atau ada simptom.
Pada pandangan saya, syarat mandatori untuk staf mengisi borang survey tersebut sangat tidak praktikal dan tidak valid untuk mengesahkan staf itu sihat pada hari ini. Pada pandangan saya cukup sekadar membuat pemeriksaan suhu, kerana staf yang tidak amanah dan tidak jujur boleh menipu tahap kesihatan mereka dengan hanya mengisi borang soal selidik tersebut.
Cth: Minggu lepas isi HDF, kemudian selepas dalam tempoh tersebut staf ulang alik pergi pasar raya atau tempat kerja. Lebih lebih lagi kami yang bertugas untuk Ops Hantar Pelajar Pulang dari 30 April hingga 13 Mei dan bercampur dgn pelajar luar kampus termasuk pelajar IPT lain yang turut tumpang balik menaiki bas UTM. Sebagai frontliner dan Liason Officer (LO) menghantar pulang pelajar kami juga boleh terdedah kepada risiko tersebut.