Sejenak COVID-19 tersebar luas, dapat dilihat UTM tidak mempunyai rekod secara digital / sistem yang mampu menunjukkan secara masa hakiki (real-time). Dapat diperhatikan pegawal keselamatan cuma merekodkan di dalam buku log, yang mana secara manual. Kadang-kala tidak direkodkan. Hasil pemantauan semenjak Perintah Kawalan Pegerakan oleh Perdana Menteri, UTM pasti tidak akan dapat memberi angka yang betul /jumlah mahasiswa/wi yang tinggal di dalam kolej. Menteri Kanan (Pertahanan) dan KPT telah mengumumkan inisiatif program makan-minum ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian/Universiti khusus untuk tempoh kuaritin virus novel COVID-19, UTM hendaklah bertindak lebih proaktif bagi membantu para pelajarnya. Oleh itu, diharapkan UTM mampu melaksanakan suatu model/sistem pergerakan pelajar/staf yang tinggal di dalam Kolej. Pihak Kolej hendaklah aktif turun padang bagi tujuan merekod jumlah/angka pelajar sebagai cross-check. Pihak pengurusan UTM boleh menggunakan kepakaran Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah khususnya bidang Geoinformatik dan Geomatik dalam projek membina sistem/model. Sekian, terima kasih.
List of Ideas by Months
Latest Submitted Ideas
- PENDIGITALAN SIJIL ANUGERAH DEKAN PELAJAR
- 3 suggestions for CQI in UTM
- Senarai kedatangan pelajar dalam Sistem Class Attendance
- PENETAPAN KLINIK PANEL YANG FLEKSIBEL
- Apply stker kenderaan menggunakan data yang ada.
- Daily reminder for the UTM students
- Penubuhan Yayasan Kecemerlangan UTM
- Arked system/apps
- RV park
- GPS track fleet apps
- RV park
- Centralised ATM at center point