ASSALAMUALAIKUM….
SAYA MENCADANGKAN AGAR PIHAK UTM MEMBUAT ATAU MENGADAKAN SATU SISTEM UNTUK MEREKODKAN KEMASUKAN E-HAILING DENGAN PENGGUNAAN SMART KAD SEPERTI KAD STAFF YG MEMPUNYAI BAR KOD UNTUK PENGENDALI E-HAILING ATAU PENGHANTARAN MAKANAN (GRAB FOOD/ FOOD PANDA DSB). DENGAN CARA INI MEREKA HANYA PERLU TOUCH KAD APABILA MASUK DI PINTU-PINTU UTM. MELALUI SISTEM INI SETIAP KEMASUKAN MEREKA DALAM KAMPUS DAPAT DIREKODKAN. SETIAP E-HAILING ATAU FOOD DELIVERY PERLU MENDAFTAR TERLEBIH DAHULU DENGAN PIHAK UTM SEBELUM SMART KAD DIBERIKAN DENGAN SYARAT DAN TERMA TERMA TERTENTU. SAYA PERCAYA MELALUI CADANGAN INI PIHAK UTM JUGA DAPAT MENJANA PENDAPATAN KERANA SETIAP PENDAFTARAN UNTUK SMART KAD BOLEH DIKENAKAN BAYARAN OLEH PIHAK UTM.
CONTOH :
1) E-HAILING/ FOOD DELIVERY MEMBUAT PERMOHONAN ATAU MENDAFTAR DENGAN UTM
2) NAMA PEMANDU DAN KENDERAAN DIREKODKAN DALAM SISTEM
3) BAYARAN AKAN DIKENAKAN UNTUK SETIAP PENDAFATARAN
4) SMART KAD DIBERIKAN KEPADA YG TELAH MENDAFTAR DAN MEMBUAT BAYARAN
5) PEMANDU E-HAILING/ FOOD DELIVERY PERLU TOUCH SMART KAD DI PINTU-PINTU MASUK SETIAP KALI MASUK UNTUK DIREKODKAN.
ITULAH CADANGAN SAYA UNTUK MEMBANTU PENGURUSAN UTM KHAS BAHAGIAN KESELAMATAN DALAM MENANGANI ISU KENDERAAN E-HAILING DAN FOOD DELIVERY.
HARAPAN SAYA PIHAK PENGURUSAN UTM DAPAT MEMBUAT KAJIAN DAN MELIHATNYA DENGAN POSITIF.
SEKIAN, TERIMA KASIH.