Saya ingin kongsikan idea saya iaitu membuat bantuan sara hidup setiap bulan RM200 kepada pelajar yang mendapat zakat tetapi tidak cukup oleh kerana keluarganya yang berpendapatan sangat rendah. Pilih senarai pelajar yang mendapat zakat seluruh UTM dan pilih top 50 yang betul-betul perlukan bantuan ini atau pun boleh buat pemakluman kepala pelajar atau staf UTM untuk kongsikan RM1 setiap hari di Masjid atau pun di mana-mana demi jayakan hal ini. Ramai pelajar yang setiap hari berpuasa oleh kerana tidak cukup wang, ramai pelajar tidur dalam keadaan lapar. Jadi kita sediakan bantuan macam ini agar mampu tolong mereka.