Amalan kini bagi pembelian aset yang lebih baik dibeli secara online agak rigid, terdedah kepada manipulasi dan ketinggalan zaman. Misalnya, jika saya ingin membeli notebook yang baik dengan harga lebih RM5000. Saya boleh dapat harga yang terbaik jika beli online. Tapi syarat perolehan tidak membenarkan. Saya terpaksa dapatkan sebutharga dari syarikat. Syarikat pula enggan jual harga yang sama seperti yang ditawarkan online. Mereka terpaksa naikkan. Jika RM6500, mereka naikkan jadi RM6800. Biasalah orang meniaga. Dan mereka akan sediakan dua dummy quotation seperti yang dikehendaki. Ini amalan biasa tapi sangat lemah integriti.

Apa salahnya izinkan pembelian notebook yang kini memang dijual secara online untuk dibeli secara online walau pun melebihi RM5000. Perbandingan juga boleh dibuat melalui online search–print screen, letak tarikh dan buat pdf copy. Tak perlu lagi ‘dummy quotation’. Semua tu permainan atas legal loopholes.

Kelonggaran ini juga wajar terpakai untuk barangan lain yang kini lebih murah secara online dan amat mudah dibuat perbandingan secara online. UTM sebagai universiti teknologi patut berani pergi jauh kehadapan dalam peraturan kewangan dengan perubahan teknologi ini.

Sebagai orang yang dididik dalam bidang undang-undang dan buat kajian tentang integriti dalam perolehan, saya boleh tolong pinda peraturan itu. Terima kasih