Assalamualaikum, saya mencadangkan supaya pihak UTM ‘menamakan’ setiap pintu masuk sebagai contoh PINTU SATU, PINTU DUA, PINTU TIGA (tulis besar-besar supaya nampak dari jauh) dan seterusnya memandangkan UTM mempunyai banyak pintu masuk. Kekeliruan sering berlaku apabila ada pelawat yang datang dan kita perlu menjelaskan mereka perlu masuk dari pintu mana. Contohnya ada Juruteknik Computer HP ingin masuk dan saya ingin menjelaskan laluan yang mudah untuk beliau masuk. Pada masa itu bilik saya di S44. Para pelawat tidak faham kalau kita beritahu masuk ikut pintu padang kawat/ Desa Bakti. Semoga boleh dipertimbangkan oleh pihak UTM.
Dikemaskini:
[November 2019]