Assalamualaikum WBT,

Saya ingin menarik perhatian pihak UTM untuk mempertimbangkan penyediaan servis buggy car atau lain-lain kenderaan yang bersesuaian bagi mengangkut para tetamu dari kawasan Tasik Ilmu dan juga Parking FABU ke Kawasan DSI. Perkhidmatan ini dapat menunjukkan keprihatinan kita bagi mengalu-alukan serta meraikan para ibu bapa terutamanya yang telah berusia untuk bersama-sama meraikan kejayaan para graduan.