Salam, merujuk kepada diatas sedia maklum bahawa UTM merupakan sebuah institusi pendidikan yang terkemuka didunia. Antara pengajian yang disediakan adalah seawal level diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana,dan PhD.

Berdasarkan pemerhatian saya masih ramai staf admin di UTM mempunyai taraf pengajian kurang dari level diploma / ijazah sarjana muda sedangkan mereka ini adalah front line UTM dalam membantu pelajar yang merupakan pelanggan UTM dalam menguruskan hal harian mereka.

Sehubungan itu, cadangan saya adalah untuk UTM memikirkan satu cara bagaimana dengan pengalaman yang dimiliki oleh satu2 staf dapat diiktiraf sebagai part of their academic learning (implimentasi APEL) atau lain2 supaya semua staf ini sesungguhnya merupakan staf yang berkebolehan juga dari segi akademik. Maka, jika ini dapat dibuat, UTM ini hanya mempunyai staf sekurang – kurangnya dengan taraf diploma dan lebih terkedepan kerana banyak staf UTM sebenarnya mampu kehadapan. Cuma mungkin disebabkan faktor latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan atau sebagainya menyebabkan staf2 ini tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran.