Saya ingin mencadangkan UTM membangunkan aplikasi telefon bagi mengetahui hak milik kenderaan di dalam kampus UTM kepada pihak Pengawal Keselamatan. Aplikasi itu, boleh mengandungi no. telefon pemilik kenderaan berdaftar dengan pihak Pejabat Keselamatan, UTM. Ini memudahkan pengawal keselamatan bertugas menyemak ‘on the spot’ pemilik kenderaan yang ingkar mengenai peraturan meletak kenderaan di dalan kawasan kampus. Bagi pemilik yang tidak berdaftar, boleh terus di ‘clamp’. Bagi pemilik berdaftar, Pengawal Keselamatn boleh telefon pemilik agar kenderaan terus dialihkan ke tempat meletak kenderaan.

Dengan cadangan ini, kemudahan laluan bas bagi pelajar juga menjadi lancar.