Maaf terlambat beri idea utk Bengkel Semakan KFA, dan saya tak dapat hadir. Ada beberapa cadangan jika masih relevan utk tindakan pihak berkenaan:
1. Konsep CFD – Mohon review semula. Saya cadangkan lingkaran dalam (lingkaran ilmu) eventually dijadikan NO-Vehicle area kecuali delivery. The whole area patut dijadikan pedestrian-only area. Penceriaan kawasan ini perlu dilakukan in stages.
2. Sealiran dengan cadangan #1, dicadangkan kawasan SUB-Agora-Mesjid-Library dijadikan Activity-Corridor/Dataran/Campus-Life Nucleus. Sebagai permulaan, SUB perlu di bersihkan, bina outdoor canopy di Agora, dan sedikan good quality cafe around this area (old-town express), bookstore, cenderamata, kawasan untuk pelajar berlegar ala-outdoor Student Union. Kawasan di antara MSI -Library- FS di ubah menjadi dataran bersimen (please google Graha Makmur Melaka sebagai contoh), dan kawasan ini dijadikan centre of student activity, and NO-VEHICLE area.
3. Konsep Campus Dining harus di ubah menggunakan business model yang baru. Konsep dining berasaskan gerai tidak lagi sustainable untuk peniaga, dan juga lifestyle generasi baru. Di cadangkan konsep pengurusan campus dining baru digunakan a) dry cafe b) Food court in selected area c) pedestrian mall. Mohon lihat model https://myubcard.com/dining/locations sebagai contoh yang boleh disesuaikan utk context UTM.