Saya mencadangkan supaya UTM mempunyai satu ‘coffee house’ yang berhawa dingin, setaraf Starbuck atau Coffee Bean di kawasan kampus. Coffee house ini dicadangkan mempunyai menu seperti kopi, teh dan makanan barat atau sandwich (atau menu makanan sihat) pada harga berpatutan (tidak terlalu murah atau mahal). Tempat seumpama ini adalah perlu terutamanya ketika pensyarah membawa pelawat dari luar atau antarabangsa untuk minum santai ataupun makan tengahari ketika selesai mesyuarat. Selain itu ia berupaya menjadi tempat percambahan minda terutamanya kepada penggemar kopi.