Cadangan saya ini memudahkan kepada staf yang telah berkeluarga atau yang telah mempunyai anak. Kemudahan ini boleh dilihat di kampus UTMJB di mana staf-staf menghantar anak mereka di Taska yang telah dibangunkan di sana. Ia memudahkan staf untuk memantau anak mereka semasa di Taska. Sejak Taska tersebut ditubuhkan TIADA lagi kes atau isu berkaitan anak di dera, masalah kesihatan yang teruk dan sebagainya. Sekarang untuk mendapatkan pengasuh yang terbaik atau boleh dipercayai memang sukar. Kalau tak silap saya, jika lihat semula design (di bawah escalator berhampiran library aras 1, Menara Razak) untuk menubuhkan UTMKL ini, ada bangunan untuk ditubuhkan Taska. Ada juga ahli keluarga saya yang bekerja di UTMJB dan menghantar anak mereka di Taska di sana dan sangat membantu serta berasa selamat. Mungkin pihak UTMKL boleh mempertimbangkan cadangan saya ini.